Saturday 17 December 2011

Bagai Melepaskan Anjing Tersepit

Peribahasa Bagai melepaskan anjing tersepit atau beri madu dibalas racun, sangat sesuai ditujukan buat orang-orang yang tak pandai menghargai jasa baik orang yang telah menolongnya di waktu kesusahan. Orang tu tak kira la siapa pun, ADIK BERADIK ke, kawan-kawan ke, suami-isteri ke, saudara mara jauh dekat ke, kawan seopis ke.. sesiapa je la..

Friday 18 November 2011

Genap sebulan pemergian abah

Hari ni (19/11/2011) genaplah sebulan abah pergi meninggalkan kami semua. Tiba2 aku jadi sedih dan pilu mengenangkan abah. Sejak abah pergi, aku cuba hanya ingatkan kenangan-kenangan ketika abah sihat, sebab aku tahu aku akan menjadi teramat sedih bila mengenangkan saat abah sakit dan sedang menderita. Sungguh abah adalah abah terbaik untuk kami adik beradik.

Aku ingat masa darjah 5, aku penah kena penampar dari abah atas kelakuanku yang dah amat melampau. Abah suruh aku berjanji tuk berubah jadi anak yang baik, anak yang solehah, jadi anak menghormati dan menyayangi kedua ibu bapa dan adik beradik. Dan aku telah berjanji depan abah dalam sedu sedan. Alhamdulillah, sejak itu aku selalu ingat penampar abah dan janjiku pada abah.

Aku selalu ingin buat abah dan emak rasa bahagia dan bangga mempunyai aku sebagai anaknya. Sedegil-degil aku, aku akan patuh dengan abah dan emak. Aku akan akur dengan kata-kata mereka. Kerana aku tahu aku hanya ada 1 abah dan 1 emak saja di dunia dan akhirat. Mereka tiada pengganti...

Wednesday 16 November 2011

Iklan untuk paparan di EBB yeay..!

Penat lelah buat iklan tuk di paparkan di skrin gergasi amat berbaloi bila tengok ianya telah disiarkan.




Jemputlah hadir ye.

Monday 14 November 2011

Abah pergi buat selama-lamanya

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 19 Oktober 2011 yang lalu, my dearest Abah telah pulang ke rahmatullah, pergi meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Pada tarikh yang sama juga sebenarnya adalah ulang tahun kelahiran abah yang ke 58. Kami sekeluarga sangat berduka-cita dengan pemergian abah.

Aku tergamam bila adikku Siti datang ke fakulti ku, memberitahu berita yang telah merenggut jantungku. Kami berdua bergegas pulang ke Perak untuk sama-sama memberi penghormatan terakhir buat Abah tersayang.

Tak dapat aku menahan air mata dari bercucuran apabila melihat tubuh Abah terbaring kaku di ruangan rumah. Tak henti-henti kami adik beradik membacakan surah yasin, dan surah lain-lain untuk disedekahkan buat abah. Oh Abah, sungguh sehingga kini agak susah aku menerima kenyataan bahawa Abah telah tiada. Setiap malam aku termimpi-mimpikan Abah.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa abah, dan menerima segala amalan baik Abah ketika hayatnya. Ya Allah, berilah rahmatMu buat Abah ku itu juga. Tenangkanlahnya di sana bersama orang-orang yang beriman, InsyaAllah.

I LOVE YOU, ABAH..Forever...