Friday 18 November 2011

Genap sebulan pemergian abah

Hari ni (19/11/2011) genaplah sebulan abah pergi meninggalkan kami semua. Tiba2 aku jadi sedih dan pilu mengenangkan abah. Sejak abah pergi, aku cuba hanya ingatkan kenangan-kenangan ketika abah sihat, sebab aku tahu aku akan menjadi teramat sedih bila mengenangkan saat abah sakit dan sedang menderita. Sungguh abah adalah abah terbaik untuk kami adik beradik.

Aku ingat masa darjah 5, aku penah kena penampar dari abah atas kelakuanku yang dah amat melampau. Abah suruh aku berjanji tuk berubah jadi anak yang baik, anak yang solehah, jadi anak menghormati dan menyayangi kedua ibu bapa dan adik beradik. Dan aku telah berjanji depan abah dalam sedu sedan. Alhamdulillah, sejak itu aku selalu ingat penampar abah dan janjiku pada abah.

Aku selalu ingin buat abah dan emak rasa bahagia dan bangga mempunyai aku sebagai anaknya. Sedegil-degil aku, aku akan patuh dengan abah dan emak. Aku akan akur dengan kata-kata mereka. Kerana aku tahu aku hanya ada 1 abah dan 1 emak saja di dunia dan akhirat. Mereka tiada pengganti...

No comments:

Post a Comment